Saturday 5 March 2011

assalammualaikum w.b.t 

marilah kita memanjatkan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk melihat alam ini. berselawatlah ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. sahabatku sekalian. mencari keredaan Allah tidak semudah yang difikirkan. kesabaran yang tinggi diperlukan untuk terus mencari keredaanNya. saya telah merasainya. pelbagai onak harus direnangi. semata-mata mencari cinta yang abadi iaitu cinta kepada Allah. melakukan dosa cukup seronok. kerana dosa menyeronokkan. akan tetapi melakukan ibadat amat payah. kerana manusia memikirkan yang ianya membuang masa. tetapi bagi orang yang beriman. ibadat menyeronokkan. saya ingin merasai nikmat itu. ingin mengecapi cinta yang hakiki. cinta yang selama ini hilang dari dalam diri saya. hanya cinta duniawi mengaburi mata saya. terlalu lemah diri ini. tidak mampu melawan nafsu. hina sungguh diri ini, melupakan Tuhan Yang Esa. keji sungguh diri ini, membuai diri dgn dosa. Ya Allah ampunilah dosa hamba. terlalu kerdil diri ini. terlalu kotor diri ini. berikanlah aku hidayahMu. agar hatiku terbuka luas untuk terus mencari keredaanMu. buangkanlah duka dihati. temukanlah aku dengan nurMu Ya Allah. tidak akan ku sia-siakan kesempatan yang Kau berikan. Terima Kasih Ya Allah kerana membuka hatiku. Kau jauhkan aku dari dosa-dosaku. Kau lindungilah aku daripada syaitan-syaitan yang ingin menyesatkan umatMu.......