Wednesday 2 March 2011

assalammualaikum w.b.t

kawan-kawan yang ku kasihi. setiap orang mempunyai masa silam yang berbeza. sama seperti saya. mungkin pengalaman saya sering dilalui oleh orang lain. tetapi cara kita mendapat hidayah dan menyesali kesilapan kita berbezakan. saya lahir dalam sebuah keluarga yang tiada kurangnya. keluarga yang agak berada. saya hadir dalam keluarga yang baik. ibu bapa saya mengajar anak-anaknya mengenal Tuhan, mematuhi perintah Allah. saya sebagai anak menuruti segala yang diajarkan oleh ibu bapa saya. tetapi semua itu x berkekalan. saya diberi dugaan. selepas tamat sekolah rendah. saya bersekolah di sebuah sekolah kluster. disaat itu kehidupan saya mula berubah. saya tidak mematuhi perintah Allah. dek kerana tersalah memilih kawan saya berubah. segala ajaran dan didikkan ibu bapa saya, saya endahkan. saya lupa siapa saya. saya jadi lupa dari mana asal saya. siapa Tuhan saya. walaupun saya x berzina, saya tak minum arak. tetapi saya sudah melupakan Tuhan Yang Esa. sungguh berdosa diri ini. tapi saya x sedar yang saya telah melakukan dosa. saya ponteng waktu amali solat. saya x solat. keadaan bertambah teruk apabila saya hendak menduduki peperiksaan pmr. saya masih berada dia alam khayalan. saya x berpijak di bumi yang nyata. saya masih berseronok disaat sahabat saya yang lain menelaah buku untuk persediaan menghadapi peperiksaan. akhirnya keputusan saya teruk sekali. tanpa saya sedar, saya telah melukai hati ibu bapa saya. saya yang dahulunya selalu membuat ibu bapa bangga dengan prestasi akademik mahupun kokurikulum. tapi sewaktu saya berada di sekolah menengah. selalunya saya melukakan hati ibu bapa. hinanya diri ini. sewaktu di tingkatan 4, saya dipindahkan ke sekolah biasa. sekolah yang penghuninya adalah lelaki dan perempuan. dulu di sekolah kluster saya cuma bergaul dengan perempuan. tapi di sekolah baru. saya bergaul dengan lelaki juga. sekali lagi saya tersilap langkah. saya khayal dengan cinta dunia. akan tetapi saya bersyukur kerana saya masih mempunyai dara. kejahilan saya bukan berhenti setakat itu sahaja. saya terus jahil sampailah saya berada di tingkatan 5. saya mula sedar akan kejahilan saya. tetapi kerana kurangnya iman. saya belum mampu melawan hasutan syaitan laknatullah. saya hanya mula solat. tapi tidak lengkap 5 waktu. ikut kerajinan. kejinya saya. setelah spm tamat. saya sekali lagi diuji Allah. hubungan cinta saya bersama kekasih terlerai di tengah jalan. disaat itu saya rasa dipermainkan. saya x boleh terima takdir Allah. bodohnya saya. tetapi semua dugaan pasti ada hikmahnya. betulkan? setelah lama berduka. hadir sahabat lama(lelaki). tiba-tiba hatiku tentang. terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku lelaki yang boleh membuka hatiku untuk mencari keredaanMu. saya mula berubah. perubahan saya berubah dari solat. saya menunaikan solat 5 waktu tanpa tinggal satu pun. syukur Alhamdulillah. selepas ini saya akan berubah hari demi hari. hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam. insyaAllah.