Saturday 5 March 2011

assalammualaikum w.b.t 

marilah kita memanjatkan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk melihat alam ini. berselawatlah ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. sahabatku sekalian. mencari keredaan Allah tidak semudah yang difikirkan. kesabaran yang tinggi diperlukan untuk terus mencari keredaanNya. saya telah merasainya. pelbagai onak harus direnangi. semata-mata mencari cinta yang abadi iaitu cinta kepada Allah. melakukan dosa cukup seronok. kerana dosa menyeronokkan. akan tetapi melakukan ibadat amat payah. kerana manusia memikirkan yang ianya membuang masa. tetapi bagi orang yang beriman. ibadat menyeronokkan. saya ingin merasai nikmat itu. ingin mengecapi cinta yang hakiki. cinta yang selama ini hilang dari dalam diri saya. hanya cinta duniawi mengaburi mata saya. terlalu lemah diri ini. tidak mampu melawan nafsu. hina sungguh diri ini, melupakan Tuhan Yang Esa. keji sungguh diri ini, membuai diri dgn dosa. Ya Allah ampunilah dosa hamba. terlalu kerdil diri ini. terlalu kotor diri ini. berikanlah aku hidayahMu. agar hatiku terbuka luas untuk terus mencari keredaanMu. buangkanlah duka dihati. temukanlah aku dengan nurMu Ya Allah. tidak akan ku sia-siakan kesempatan yang Kau berikan. Terima Kasih Ya Allah kerana membuka hatiku. Kau jauhkan aku dari dosa-dosaku. Kau lindungilah aku daripada syaitan-syaitan yang ingin menyesatkan umatMu.......

Wednesday 2 March 2011

assalammualaikum w.b.t

kawan-kawan yang ku kasihi. setiap orang mempunyai masa silam yang berbeza. sama seperti saya. mungkin pengalaman saya sering dilalui oleh orang lain. tetapi cara kita mendapat hidayah dan menyesali kesilapan kita berbezakan. saya lahir dalam sebuah keluarga yang tiada kurangnya. keluarga yang agak berada. saya hadir dalam keluarga yang baik. ibu bapa saya mengajar anak-anaknya mengenal Tuhan, mematuhi perintah Allah. saya sebagai anak menuruti segala yang diajarkan oleh ibu bapa saya. tetapi semua itu x berkekalan. saya diberi dugaan. selepas tamat sekolah rendah. saya bersekolah di sebuah sekolah kluster. disaat itu kehidupan saya mula berubah. saya tidak mematuhi perintah Allah. dek kerana tersalah memilih kawan saya berubah. segala ajaran dan didikkan ibu bapa saya, saya endahkan. saya lupa siapa saya. saya jadi lupa dari mana asal saya. siapa Tuhan saya. walaupun saya x berzina, saya tak minum arak. tetapi saya sudah melupakan Tuhan Yang Esa. sungguh berdosa diri ini. tapi saya x sedar yang saya telah melakukan dosa. saya ponteng waktu amali solat. saya x solat. keadaan bertambah teruk apabila saya hendak menduduki peperiksaan pmr. saya masih berada dia alam khayalan. saya x berpijak di bumi yang nyata. saya masih berseronok disaat sahabat saya yang lain menelaah buku untuk persediaan menghadapi peperiksaan. akhirnya keputusan saya teruk sekali. tanpa saya sedar, saya telah melukai hati ibu bapa saya. saya yang dahulunya selalu membuat ibu bapa bangga dengan prestasi akademik mahupun kokurikulum. tapi sewaktu saya berada di sekolah menengah. selalunya saya melukakan hati ibu bapa. hinanya diri ini. sewaktu di tingkatan 4, saya dipindahkan ke sekolah biasa. sekolah yang penghuninya adalah lelaki dan perempuan. dulu di sekolah kluster saya cuma bergaul dengan perempuan. tapi di sekolah baru. saya bergaul dengan lelaki juga. sekali lagi saya tersilap langkah. saya khayal dengan cinta dunia. akan tetapi saya bersyukur kerana saya masih mempunyai dara. kejahilan saya bukan berhenti setakat itu sahaja. saya terus jahil sampailah saya berada di tingkatan 5. saya mula sedar akan kejahilan saya. tetapi kerana kurangnya iman. saya belum mampu melawan hasutan syaitan laknatullah. saya hanya mula solat. tapi tidak lengkap 5 waktu. ikut kerajinan. kejinya saya. setelah spm tamat. saya sekali lagi diuji Allah. hubungan cinta saya bersama kekasih terlerai di tengah jalan. disaat itu saya rasa dipermainkan. saya x boleh terima takdir Allah. bodohnya saya. tetapi semua dugaan pasti ada hikmahnya. betulkan? setelah lama berduka. hadir sahabat lama(lelaki). tiba-tiba hatiku tentang. terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku lelaki yang boleh membuka hatiku untuk mencari keredaanMu. saya mula berubah. perubahan saya berubah dari solat. saya menunaikan solat 5 waktu tanpa tinggal satu pun. syukur Alhamdulillah. selepas ini saya akan berubah hari demi hari. hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam. insyaAllah.
assalamualaikum w.b.t. actually don't know from where want to start. tujuan buat blog ni nak sharing dengan anda semua tentang pengalaman silam saya hingga keadaan saya sekarang. jika anda semua mahu berkongsi pengalaman anda atau memberi pendapat, nasihat dan sebangainya. bolehlah anda comment di blog ni. atau email sahaja di nur.islam165@yahoo.com. ada satu petikan yg saya baca mengatakan "kalau kita menyoal, kita kelihatan bodoh 5 minit. tetapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selama-lamanya.". berkongsi pengalaman sedikit sebanyak boleh mengajar kita dan kita boleh mengambil iktibar daripada pengalaman orang lain. betul tak? jadi janganlah segan untuk berkongsi cerita. kita semua sama walaupun kisah silam kita berbeza. Allah tetap memandang kita sama. tiada lebih tiada kurang. manusia yang selalu membeza-bezakan kedudukan mereka adalah manusia yang bodoh dan hina.